29 Apr
29Apr

Manusia diciptakan berbeza-beza antara satu sama lain dari warna kulit dan juga termasuklah bentuk zakar masing-masing.


Walaupun dilahirkan kembar seiras, pasti ada yang berbeza.


Zakar merupakan sebahagian daripada organ yang terlibat dalam sistem perkumuhan dan sistem pembiakan bagi manusia.



Organ yang sama digunakan untuk membuang air kecil dan juga untuk hubungan intim dengan pasangan.


Zakar ataupun penis merupakan salah satu organ paling penting bagi setiap lelaki.

 

Secara lazimnya, ramai yang beranggapan prestasi hubungan intim lebih baik jika memiliki zakar yang panjang.



Anatomi Alat Kelamin Lelaki


Anda boleh lihat daripada gambarajah di atas mengenai anatomi alat sulit lelaki. Dalam artikel ini, kita akan fokus pada bahagian luaran sahaja.

Bahagian hujung atau kepala zakar juga dikenali sebagai glans penis.


Bahagian yang paling sensitif ketika menjalani hubungan seks ialah prepuce atau foreskin.


Saluran yang berada di kepala zakar disebut sebagai urethra.


Saluran yang sama ini bersambung dengan saluran pundi kencing dan juga air mani.



Cara Zakar Anda Stim: Zakar Shower VS Zakar Grower

Sekencang mana & sebesar mana pun bentuk zakar anda, anda pasti akan dikategorikan dalam dua jenis ini.

 

Zakar Shower


 

Saiz ketika lembut dan keras adalah sama (Zakar Kayu).



Zakar Grower


 

Kecil ketika lembut, dan membesar ketika keras (Zakar lintah)



Faktor Perbezaan Bentuk Zakar


Hakikatnya disebabkan manusia mempunyai pelbagai sifat dan genetik yang berbeza, bentuk, jenis dan panjang zakar juga berbeza.


Ada juga faktor yang disebabkan oleh kecederaan dan pembedahan seperti berkhatan yang lazimnya dikalangan masyarakat Muslim.


Hal ini diakui oleh pakar yang berkerja dalam industri alat seks dan kondom.

 

Mereka perlu mencipta pelbagai bentuk untuk memenuhi selera pelanggan masing- masing.


Menurut Darren Breen yang telah memerhati dan merawat antara 400 hingga 600 zakar setiap bulan.



Breen, pengarah urusan IMEDicare Ltd, merupakan pembekal aksesori untuk masalah ED.


Pakar kesihatan tersebut berkongsi mengenai pelbagai bentuk zakar yang telah dilihat sejak bersama industri tersebut dari tahun 1996.


Ini juga termasuklah bentuk pisang yang unik, yang mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti kecederaan ataupun genetik.



Senarai Bentuk-Bentuk Zakar

Oleh itu, apakah jenis zakar anda atau pasangan anda?


  • Pensel






 



Anda pasti terbayang bentuk pensel di atas meja anda kan?


Pensel ialah alat tulis yang biasanya digunakan di sekolah dan pejabat.


Darren menggambarkan zakar ‘pensel’ ini umpama panjang dan kurus serta tirus di hujung.


Kepanjangan boleh berbeza tapi biasanya lebih panjang dari kebiasaan.

 


Lada Sayuran


Lada merupakan sejenis keluarga sayuran yang biasanya pedas. Tetapi ada juga yang tak pedas seperti capsicum.

Di Malaysia, antara yang popular ialah cabai, cili dan solok lada.


Darren memberitahu bentuk seperti cili besar ini biasanya pendek tetapi gemuk.

.




Kon





 



Bentuk kon ini biasanya kita akan dapat lihat seperti kon aiskrim.

 

Bentuk bulat dan semakin kecil di hujungnya. Tapi jenis zakar bentuk kon ni lain sikit.

Darren mengatakan bentuk ketiga ini ada sedikit masalah dengan kulit zakar. Bentuk kon ini besar di pangkal dan semakin menirus seperti hujung pensel.

Kadang-kala ia boleh disebabkan oleh ‘phimosis’ atau kulit yang ketat dan tak boleh berkembang.


Ini mengehadkan kadar pengembangan hujung zakar.


Hanya bahagian pangkal sahaja yang boleh berkembang menyebabkan bentuk ia seperti kon.



Pisang


Pisang merupakan sebuah buah-buahan yang kaya dengan potassium.


Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis pisang seperti pisang emas, pisang awak, pisang nangka, tanduk dan sebagainya.


Pisang juga seringkali dikaitkan dengan alat kemaluan lelaki disebabkan bentuknya yang sedemikan.


Walaupun begitu, pisang biasanya berlengkung.


Memang ada lelaki yang mempunyai bentuk zakar yang melengkung apabila menegang.


Darren menyatakan bentuk pisang serta lenkungan ke kiri atau kanan boleh terjadi secara semulajadi ataupun disebabkan kecederaan.


Ada sesetengah orang yang memang dilahirkan dengan lengkungan sedemikian. Ada juga yang disebabkan oleh penyakit Peyronie.

Tujuh peratus lelaki akan mengalami penyakit Peyronie dalam hidup mereka.

 

Penyakit ini disebabkan oleh lebihan tisu yang membesar selepas kecederaan.





 



Ada sesetengah kes ada yang boleh mengakibatkan bentuk yang tak sekata malahan juga seperti bentuk jam pasir.


Besar di pangkal, kecil di tengah dan besar di hujung.



Tukul


Tukul ataupun hammer merupakan sebuah alat pertukangan yang sangat sinonim dengan kerja kayu.


Digunakan untuk mengetuk paku dan juga membuka paku yang bengkok.


Darren menyifatkan lelaki yang sebenar bermula dengan batang yang kurus bersama dengan kepala yang lebar.


Beliau menambah bentuk ini yang kecil dipangkal membesar ke hujung yang lebih luas.

.

Ini juga akan membuatkan lebih sukar untuk terangkat ketika tegang. Kelihatan seperti cendawan yang mempunyai batang yang kecil.

Bentuk zakar iaitu Kepala zakar biasa lebar.


Pada kebiasaannya, bentuk seperti tukul ini lazimnya dimiliki oleh lelaki yang sudah berkhatan atau sunat.


Apabila bahagian kulit telah dibuka dihujung, ia menyebabkan kepala zakar itu lebih mudah membesar dan menegang.

 

Sosej


Yang ini memang tak dapat dinafikan lagi.


Kalau orang berjenaka pun pasti akan menggunakan sosej sebagai simbol alat sulit lelaki. Kenapa?


Biasanya sebab bentuknya dan juga sifatnya yang panjang, berwarna coklat dan juga lembut apabila digoyang-goyangkan oleh posisi seks & asmara.


Bentuk yang dimiliki oleh kebanyakan orang ialah bentuk sosej.


Pakar tersebut mengatakan, saiz kelebaran dan kepanjangan adalah sekata sepanjang zakar.


Bentuk ini adalah tipikal.



Bentuk Zakar Seperti Timun


Keluarga mentimum ini ada beberapa spesis.

 

Antara yang popular ialah timun, timun jepun dan zucchini.


Jangan terkeliru dengan timun cina jika anda berada di Kelantan, sebab timun cina ialah tembikai.


Timun juga seringkali dikaitkan dengan simbol alat kemaluan lelaki dikalangan wanita.


Dr Darren menerangkan bahawa bentuk timun ini ialah lebar sepanjang batang dengan panjang yang bagus.


Ia lebih tebal daripada kebiasaan zakar dan menjangkau sekitar 5-8 inci.





 



Keadaan Fizikal Selain dari Bentuk Zakar

Sekarang kita akan beralih pula kepada keadaan dan sifat zakar pula.


Di sini ada beberapa jenis rupa zakar yang lebih terperinci jika diperhatikan dengan lebih dekat.



Jenis yang khatan ataupun sunat zakar

 


Di negara majoriti Muslim, kebanyakan lelaki akan berkhatan.


Khatan ini merupakan proses untuk membuat sebahagian hujung kulit alat sulit lelaki.


Ianya merupakan amalan yang diwajibkan dikalangan lelaki Muslim.


Di negara Barat, amalan berkhatan ini juga dilaksanakan dikalangan golongan lelaki atas sebab faktor kesihatan dan kepuasan dalam hubungan seks.



Jenis yang tidak berkhatan


Disebabkan faktor agama dan budaya, ada juga lelaki yang tidak membuang kulit foreskin di hujung zakar.


Kulit tersebut mempunyai saraf dan boleh membuatkan rasa lebih sensitif dan mudah terangsang.



Membesar macam belon


Ini merupakan jenis yang mampu berkembang dan menegang dengan kuat jika dibandingkan fasa yang tiada rangsangan.

 


Saiz besar sepanjang masa


Zakar jenis ini mempunyai bentuk yang besar sepanjang masa.


Atau juga dikenali sebagai konsisten samada ketika terangsang ataupun pada waktu-waktu yang biasa.



Saiz yang kecil


Kebanyakan orang mempunyai panjang purata 5 inci.


Zakar yang kecil ini jika ia hanya mampu berkembang kepada saiz 3 inci sahaja.



Saiz zakar yang besar

 


Kejantanan yang sejati apabila mempunyai zakar yang mampu memanjang sehingga mencecah 7 ke 9 inci.


Bentuk ini lebih kurang 2 kali ganda daripada zakar yang bersaiz kecil. Bentuk ini juga merupakan panjang yang standard bagi sayuran terung.


Bentuk yang susah nak ramal


Hal ini boleh terjadi dikalangan sebilangan lelaki.


Ada yang tak mampu menegang apabila dirangsang seperti kebiasaannya. Hal ini mungkin terjadi disebabkan oleh faktor kesihatan seperti mati pucuk.

Dinasihatkan untuk mendapatkan rawatan doktor pakar sakit lelaki.



Zakar yang emosional

 

Walaupun kebanyakan lelaki mampu mengawal emosi tak seperti kaum wanita, tapi ada juga yang sebaliknya.


Zakar ini ada mood tersendiri. Tak mampu untuk menegang walaupun dirangsang.



Zakar yang licin

Kulit zakar yang licin umpama lantai jubin.


Adalah lebih baik jika ada lekukan supaya lebih rangsangan untuk pasangan.



Zakar yang berurat






 



Zakar sebegini biasanya orang yang rajin bina badan.


Urat atau pembuluh darah pada zakar boleh dilihat pada mata kasar.

.




Zakar yang gelap

 

Kulit zakar kebiasaannya akan kelihatan lebih gelap walaupun lelaki itu berkulit cerah.


Hal ini disebabkan oleh pigmentasi dan melanin.


Walaupun begitu, warna kulit zakar tidak mempengaruhi prestasi seseorang lelaki.



 



 
Bentuk batang suami yang berbulu

Nak potong bulu di bahagian sekitar alat sulit adalah mencabar. Tak semua lelaki rajin.

Hasilnya, bulu ari-ari akan menjadi lebat dan panjang.



Bulu sekitar kawasan pubic ini juga ada manfaatnya seperti menghasilkan bauan hormon (pheromone) yang merangsang pasangan anda.


Selain itu, ia juga boleh mengelakkan kuman dan bakteria pada alat kemaluan lelaki.


Tapi jika pasangan tidak selesa, lebih baik anda potong dan kemaskan sedikit demi kepuasan mereka.



Zakar yang dicukur & dipotong bulunya

Ada sesetengah lelaki yang rajin mengemas dan mencukur bulu ari-ari mereka. Sepertimana mereka cukur jambang dan misai.

 

Asalkan anda dan pasangan anda selesa dan suka dengan penampilan anda.



Kesimpulan

Terdapat pelbagai bentuk kote serta keadaan masing-masing.


Samada dari segi bentuk apabila ia terangsang ataupun rupa fizikal sekitar kemaluan tersebut.


Semoga anda sentiasa menjaga kesihatan, rajin bersenam dan mengamalkan pemakanan yang sihat untuk memastikan tubuh anda khususnya zakar anda dalam keadaan yang terbaik.


Sumber artikel: Bentuk Zakar Lelaki – Anda Punya Jenis Yang Macam Mana?

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING